Friday, December 28, 2012

Ke Melaka lagi~

InsyaAllah, pada 31/12/12 nanti kami sekeluarga akan ke Jasin, Melaka. Untuk hantar adik aku yang no.4 ke MRSM Tun Ghaffar Baba, Jasin. 

Sebenarnya dah penah pegi masa mula2 adik aku dapat study kat sana. Tahun lepas. Taun ni dia masuk tingkatan 5, so abah aku decide nak hantar dia, rather than biarkan dia naik bas sorang2 kan. Kesian plak. Plus, bimbang dengan keselamatan dia. 

Dia actually akan mendaftar 1 Jan, pagi.. tapi memandangkan kami ni jauh dari Perak, so kenelah datang sehari lebih awal kan. Memandangkan kami ramai 7 orang, jadi hotel bukanlah merupakan pilihan accomodation yang tepat. Ramai, dan mana cukup nk sewa 1 bilik. So aku cari2 la homestay yang berdekatan dengan Jasin ni. Alhamdulillah jumpa. Rumah kedai. Ada 3 bilik, 2 bilik air. Dan harga yang berpatutan, RM100 sehari. So tanpa berlengah, aku terus book. Tuan blog tu pun update tarikh booking atas nama teman .. hehe.. Tima kasih Encik Azman dan isteri.





Moga di permudahkan perjalanan kami. Selamat pergi dan selamat pulang. Oh ya, harini aku akan balik ke kampung. 

Mulanya nak drive je ke Melaka. 2 kereta. Tapi ada orang baik hati tolong pinjamkan kereta Avanza beliau. Jadi end up kami bertujuh naik satu kereta sahaja. Save pertrol as well as toll! Arigato!!! 

Gaji tak masuk lagi. Memang menguji kesabaran betul. Dah la nak berjalan ke Melaka. Spoil betul. Grrrrr!

Bdw, kalo best rumah penginapan ni, akan ku update ye! :)
ni link dia http://jasinhomestay.blogspot.com/

sesuai untuk rombongan yang nak menginap di melaka. RM10/head. Murah tu...

No comments:

Post a Comment

cakap2 kamuu