Tuesday, December 11, 2012

Al-Fatihah untuk Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Al-Fatihah buat Allahyarham bekas penyimpan mohor besar raja-raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang meninggal pada jam 8.30 malam tadi.. Al-Fatihah...Masa nak raya, wajah beliau yang di tunggu2 muncul di kaca tv untuk umumkan hari raya.. Sekarang beliau sudah tiada, setahun selepas bersara daripada jawatan mohor besar raja-raja.. :(


BESUT, 12 Dis (Bernama) -- Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor Selasa kira-kira pukul 8.30 malam.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.

No comments:

Post a Comment

cakap2 kamuu