Friday, December 28, 2012

Ke Melaka lagi~

InsyaAllah, pada 31/12/12 nanti kami sekeluarga akan ke Jasin, Melaka. Untuk hantar adik aku yang no.4 ke MRSM Tun Ghaffar Baba, Jasin. 

Sebenarnya dah penah pegi masa mula2 adik aku dapat study kat sana. Tahun lepas. Taun ni dia masuk tingkatan 5, so abah aku decide nak hantar dia, rather than biarkan dia naik bas sorang2 kan. Kesian plak. Plus, bimbang dengan keselamatan dia. 

Dia actually akan mendaftar 1 Jan, pagi.. tapi memandangkan kami ni jauh dari Perak, so kenelah datang sehari lebih awal kan. Memandangkan kami ramai 7 orang, jadi hotel bukanlah merupakan pilihan accomodation yang tepat. Ramai, dan mana cukup nk sewa 1 bilik. So aku cari2 la homestay yang berdekatan dengan Jasin ni. Alhamdulillah jumpa. Rumah kedai. Ada 3 bilik, 2 bilik air. Dan harga yang berpatutan, RM100 sehari. So tanpa berlengah, aku terus book. Tuan blog tu pun update tarikh booking atas nama teman .. hehe.. Tima kasih Encik Azman dan isteri.





Moga di permudahkan perjalanan kami. Selamat pergi dan selamat pulang. Oh ya, harini aku akan balik ke kampung. 

Mulanya nak drive je ke Melaka. 2 kereta. Tapi ada orang baik hati tolong pinjamkan kereta Avanza beliau. Jadi end up kami bertujuh naik satu kereta sahaja. Save pertrol as well as toll! Arigato!!! 

Gaji tak masuk lagi. Memang menguji kesabaran betul. Dah la nak berjalan ke Melaka. Spoil betul. Grrrrr!

Bdw, kalo best rumah penginapan ni, akan ku update ye! :)
ni link dia http://jasinhomestay.blogspot.com/

sesuai untuk rombongan yang nak menginap di melaka. RM10/head. Murah tu...

Tuesday, December 11, 2012

Al-Fatihah untuk Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Al-Fatihah buat Allahyarham bekas penyimpan mohor besar raja-raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang meninggal pada jam 8.30 malam tadi.. Al-Fatihah...Masa nak raya, wajah beliau yang di tunggu2 muncul di kaca tv untuk umumkan hari raya.. Sekarang beliau sudah tiada, setahun selepas bersara daripada jawatan mohor besar raja-raja.. :(


BESUT, 12 Dis (Bernama) -- Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor Selasa kira-kira pukul 8.30 malam.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.

Ada tulisan jawi, halal lah tu... errr

klik gambar untuk lebih jelas

Terjumpa gambar di fb.. yang di share oleh seorang rakan.... nak tergelak pun ada, dan terfikir masa zaman2 jahiliyah dulu... memang aku mengaku masa zaman kecik2 macam ni la... tengok kat packaging jajan ada tulisan jawi/arab, terus consider mende tu halal... apakah...??

Sekarang kita dah makin maju... dan lebih concern ttg status halal.. kalo tak yakin, siap bleh rujuk lagi guna SMS kat sini ... untuk kami2 yang berkecimpung dalam dunia food tech  ni, sebelum nak approve apa2 ingredients, kene semak dulu dengan Jakim... di direktori halal jakim..ada di sediakan nama syarikat yang iktiraf oleh Jakim.. kat sini ye 

 
sumber sini


Nak semak logo2 halal negara seluruh dunia pun ada... kat sini.... 

Jadi, lepas ni tak perlu la kan buat2 tak tau plak.. eh tersilap makan la.. benda2 haram ni kalau dah masuk dalam badan effectnya jangka panjang... nasihat untuk diri ni juga.. pernah dulu berbulatan gembira dengan akak senior, dia cakap salah satu sebab kita berpuasa sunat adalah untuk menyucikan diri andaikata sebelum ni kita pernah termakan benda2 yang di ragui status halalnya..wallahu'alam..

rindu nak berbulatan gembira lagi! huhu sobbbsss T_T

Monday, December 10, 2012

10/12/12:Big Bad Wolf

Hari ini 10/12/12... Alhamdulillah, cepat masa berlalu... Rasa macam baru je lagi aku sibuk menyiapkan hantaran, hari ni dah genap sebulan .. Masa berlalu tanpa kita sedar.. Oh ya, mungkin juga sebab selepas kenduri, 2 minggu aku ambil cuti + MC...tu sebab rasa masa berlalu begitu cepat..  eh tetiba teringatlah kat Musafir Dunia.. hehe..

Okei, sekarang ni di Mines Convention Centre, Seri Kembangan telah di adakan pesta buku atau lebih di kenali sebagai Big Bad Wolf (BBW) bermula 7 Dec-23 Dec 2012... mak aihh.. memang rambang mata.. Huuuuu.... dan ape yang bestnya ada discount melampau! up to 95% kot... buku ratus2 jadi RM8 hengget je.. sape yang tak gila? Tapi apa yang paling best, masuk je kat pintu gerbang dia, harum semerbak bau buku menusuk hidung... i loikkkkeee!!! hehehehee

okei, tadi pegi dengan supervisor... dia biasalah memborong buku untuk anaknya.. dan aku?? haha.. ok, to be honest, aku ni bukan lah ulat buku... tapi aku suka layan buku cerita, yang relax dan menghiburkan... macam citer2 fiction la..camtu... tapi kalo orang bagi buku, memang aku baca hingga habis.. heheh.. tapi encik musafir dunia sangat2 lah suke baca buku... dan aku pun fikir, lebih baik tanya dia kalo2 dia berminat.. dan ya! aku telah pun membelikan beliau buku2 kegemaran.. musafir dunia bagi list buku yang dia nak, then aku check dulu kat internet,,, nak tengok macam mana cover page buku tu...supaya senang nak cari..  dan alhamdulillah, tak sampai 15 minit, kesemua buku pilihan beliau berjaya aku peroleh... di permudahkan.. kalo pikir2 balik susah kot nak jumpa.. over 3,000,000 books!! 



buku pilihan beliau... heee


kat bawah ni apa yang sempat aku harvest... macam musafir dunia, dia lebih suka buku motivation,, yang kat bawah ni buku2 pilihan beliau....



eheehh.. yg kat bawah ni pilihan aku.. aku memang peminat karya Enid Blyton.. masa zaman skolah rendah dulu, karya beliau jadi pilihan.. terutama siri 5 sekawan bersama anjing... tapi kat skolah bahasa melayu.. yang ni memang asli buku dari Enid tanpa alih bahasa.. :D  ...dan aku pun ada beli satu lagi buku, sama macam musafir dunia , daripada Donald Trump.. Think Like A Champion..



On d way nak keluar, eh ternampak plak kereta kat bawah ni. Perghh... teringat plak Batman punya kereta.. Okei , yang ni aku tangkap curi-curi.. haha.. ekceli, sape2 yang nak bergambar ala2 model kereta mewah, boleh la register... bayaran tak pasti berapa, sebab aku tak tanya.. hihi :p

 

Apa yang aku boleh katakan, kali ini tempat yang pihak BBW pilih adalah kurang baik la kot.. Tahun lepas dia buat kat MAEPS, which is sangat ok, tak jem dan sangat dekat dengan aku punya opis.. ahakss! Kali ni kat Mines kot, jam toksah kira la..takde BBW pun dan memang jam tiap masa, ni kan plak ada BBW.. tu yang aku lebih suke merempit (bawak motor) senang nak mencelah.. tadi pegi tak jam.. mungkin sebab weekdays, dan esok confirm jam sbb esok cuti Birthday Sultan Selangor..

Dan satu lagi... kat dinding2 tempat exhibition tu diorang ada letak
BOOKS ARE TOO CHEAP TO BE STOLEN

haha.. memang btul pun... murah cmtu pun ada ke yang nak curi? ish2..

rasa ketagih plak nak pegi lagi.. kalo musafir dunia ada ni, confirm dia sampai tertido kat celah2 buku tu sampai esok hari.. haha... jangan marah saya  ya!!! hehehehe :p