Saturday, November 23, 2013

Dugaan lagi~

Semalam di khabarkan Johor akan mengubah cuti daripada Sabtu&Ahad, kepada Jumaat&Sabtu... aku kira sangat bagus la sebab boleh bercuti hari Jumaat, dan mudah untuk lelaki ke masjid... 

Tapi, tadi tunang aku inform, alahaii.... majlis sebelah lelaki di johor tu kan buat hari ahad (5/1/14).. Ya Allah... baru aku teringat... dia dah pening... taktau la mcm mana nk buat.... 

kalo nak ubah jadi hari sabtu (4/1/14), banyak benda nak kena consider..antaranya:

  1.  Kad kahwin.. yes.. tarikh kat kad tu nak kena cari sticker la plak nak ubah tarikhnya (plus kad kawin jadi burukkk..huhuuhhu)
  2. Sewa dewan - majlis lelaki di buat kat dewan... dh booked awal2.. kalo tetiba nak ubah, risau dewan tu dah ada org occupied hari sabtu tu... (kena tanya balik org menguruskn dewan)
  3. Catering - suruh pinda hari sabtu


kalo taknak ubah, kemungkinan yang akan terjadi ;
  1. Saudara mara ramai tak dapat nak join..sbb kerja!!! 
  2. Sama jugak dengan kawan2 dia... semua keje...huhuhuhu (kalo bleh pun dtg time office lunch)
  3. kesimpulannya, mungkin tak ramai dapat attend majlis tu...
Ya Allah.... permmudahkan urusan kami... 

Tuesday, November 19, 2013

Dugaan ~

Mungkin orang2 dulu  cakap darah manis ni refer kepada masa dalam tempoh pertunangan tu.. kiranya pasangan yang bertunang, haruslah berhati2 sebab dalam tempoh bertunang tu macam2 boleh berlaku… sama ada di timpa musibah/kemalangan/kematian/sakit/atau gangguan pihak ketiga. Jadi, dalam tempoh ini, haruslah pasangan itu berhati2 dan sentiasa menjaga diri sebaik mungkin.

To be honest, so far aku pun ada la di uji dengan perkara2 macam ni. Cuma ada la haritu, hampir2 di langgar orang. Bukan aku yang salah, kereta tu yang buat hal.. hadoiy.. dan yang kedua, yang aku rasa yang ni paling teruk la kot.. tangan aku tersepit yang pintu keretapi. Entah la, benda jadi sekelip mata.. bukan pintu keretapi yang nak keluar tu, yang ni pintu antara coach/gerabak.. sakitnya hanya Allah saja yang tahu.. sengalnya sampai ke hari ni terasa. Huhu..


Dan kadang2 kewangan pun menjadi satu masalah. Boleh di katakan, hampir semua bakal pengantin akan mengalami masalah yang macam ni, berbeza dgn mereka2 yang born with silver spoon in mouth la.. macam aku golongan2 yang bersederhana ni, mestilah kewangan menjadi perkara utama dalam preparation tu semua. Tapi takpe lah, buat je sekadar yang termampu. Kahwin sehari, tak perlu membazir.. hidup bersama sehingga ke akhir hayat. Macam2 lagi cubaan/dugaan yang bakal di tempuh. Moga urusan kami di permudahkan. Amin 

Sunday, November 10, 2013

I'olls pegi kota singa aritu

Assalamualaikummm… pe habo? Ada sihat ka ini hari? Hee..
Minggu lepas aku ke Singapore untuk hadiri satu kursus (course), mengenai Ramen.. 1 day trip sahaja.. tau ke apa tu ramen? Haa.. ramen ni orang2 kita jarang guna perkataan ni.. tapi kalo korang pegi korea ke, jepun ke, perkataan ramen ni tersangatlah femes kat sana… ianya refer kepada Noodles atau dalam bahasa orang melayunya, Mi / Mee…. Faham? Hee

Actually, ini kali kedua aku menjejak kaki ke kota singa ni… last aku pegi 2 tahun lepas… pun atas sebab bisnes.. bukan atas sebab personal.. masa tu aku pegi untuk join FHA ( Food Hotel Asia) selama 4 hari… sempat la jalan2 kat Singapore.. beli sourvenier sesikit..

Tapi kali ini, aku pegi juga atas dasar bisnes… 1 day trip sahaja… flight pergi pkul 6.05 pagi.. return nya plak pkul 9.45 malam… untuk catch flight pagi tu, aku terpaksa la bangun jam 2.30 pagi… untuk naik teksi jam 3.30 pagi… giler semangat tak iolls? Haha.. siap termimpi2 lagi iolss tau.. termimpi iolls tertinggal flight,.. camtueh intense kannn…

Actually course ni (nama terpaksa di rahsiakan), belajar cara2 nak buat ramen yang femes kat jepun.. kemudian lepas lunch, belajar buat sup base la.. kiranya sup untuk mi yang kita dah buat tu… haaa.. kat sini la pengalaman pahit dan kelakar bermulaa…. Jeng..jeng..jeng…

Korang paham2 je la eh.. kalo kat negara jepun, mostly diorang punya soup base is from pork… diorang reneh pork tu (selalunya ambil bahagian tulang).. untuk di jadikan sup… ala lebih kurang macam kita buat sup tulang tu… tapi yang ni dia amik dari bab1 la .. (bab1 is ba alif ba ya… ye kawan2)…

Nak di jadikan cerita, diorg bawak kami pegi kitchen dia… kroang bayangkan kitchen mcm masterchef tu.. Cuma dia kecik sikit… masuk2 je dalam kitchen, aku dan kawan terhidu lah mende alah tu… hayayayaiii…. Termuntah2 iolls (tipu)… haha.. iolls mcm loya la.. yang kawan aku tu plak, siap tutup mulut dengan notes yang diorang bagi… dia punya aksi mmg tau la dia loya tahap cipan punya… aku actually dah agak dah bau mcm ni mmg akan keluar punya.. bagi korang yang tak penah bau, haha… mungkin akan termuntah di situ… aku dah penah bau sebelum ni.. sbb msa aku pi Singapore last 2 years (FHA tu), aku dah mmg terbau benda alah tu dalam food court yang aku pegi.. memula mmg loya tapi lelama dia mcm dah immune.. wuwu..

Tapi kan, dia punya bau mmg teman tak tahan.. tambah2 bila dia reneh tulang rusuk bab1 tu.. hadoyaiii.. bau hanyir dia mcm nak gila punya kuat…. Pengsaaaannnn… tengok kawan aku punya reaction.. haha, mcm nak pengsan dia… lawakkk..

So diorang pun happy2 la buat sup tu semua.. aku ngan kawan yang islam ni duk jauh2 la… tengok je diorg masak.. so diorg offer makan mi ngan sup tu untuk cover lunch… aku mmg dah siap2 prepare bekal… roti dan buah.. jadilah untuk alas perut.. huhu.. aaaaa… baru aku tau hikmah di sebalik pengharaman bab1… sebelum ni mmg aku ada belajar mcm2 faktor kenapa umat islam tak boleh makan bab1… dah sekarang aku dapat tau satu lagi factor lain… subhanallah… !


 Haha, nak masuk gambo kat bawah ni jugak... ni gambo kat toilet Changi Airport.. entah rasa macam 'peghak" plak tengok mende alah ni... dia touchscreen... so kalo korang puas hati ngan toilet dia, janganlah segan silu untuk rate markah makcik ni... gambo makcik ni akan berubah la, ikut waktu bertugas dia.. kalo waktu lain, gambo makcik lain la plak.. haha.. aku rasa canggih jugak la..plus secara tak langsung, dapat la tau makcik mana yang keje tak bape nak bersih... heee~

aku biase la, rate GOOD.. sbb toilet dia mmg bersih.. haha.. walopun toilet dia takde pili air! beristinjak guna tisu je ye uolls... aaaaa.. tetiba rindu kat malaysia (cehhh..macam la pegi jauh sangatttt... singapore je pun)..haha ..  


Thursday, October 17, 2013

Revelation ~


Assalamualaikummmm.. kesian blog ni.. haha.. kena tinggal lagi.. kan

Selama ni aku tak penah nak umum yang aku dah ‘berpunya’ melainkan dengan teman2 rapat dan family. Berpunya bukan bermaksud ada pakwe ke hape… tapi dah menjadi tunangan orang.. insyaAllah majlis tak lama lagi akan berlangsung.

Aku tak suka nak heboh2 kat laman2 sosial.. melainkan kalo dah ada suami.. ,, plus tunang aku pun suruh senyap2 saja..
dan oleh kerana masa untuk ke arah itu tak lama lagi, baru sekarang aku berani nak bukak mulut .. dan baru2 ni plak di kacau oleh strangers.. yang main tekan2 je no phone… dok kaco aku sampai pukul 2 3 pagi.. what the hell kan? Aku rasa dah tiba masa untuk aku reveal semua benda ni.. supaya orang2 berkenaan tahu dan bukak mata.. aku ni bukan cantik mana ponn nak kaco2… ce kaco model2 lawa2 tu... berbaloi la jugakkkkkk

seronok tengok orang update pasal Bride to Be (B2B)… best tengok diorang buat macam2 preparation.. hee.. harapnya semua urusan kita di permudahkan ye… till then, salam.. J



Saturday, July 13, 2013

BBQ menyambut puasa!

Basi lagi tak citer sebelum berpuasa? haha. Biarlah... Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua blogger. Hari ni dah puasa ke 4 kan.. Cepatnya masa berlalu...

Balik kampung aritu right before 2 hari nak berpuasa. Katanya nak berBBQ bersama keluarga, di bawah pokok, di atas pangkin. Hihi.. Semua adik beradik ada kecuali yang sorang di MRSM melaka tu. Tak cuti. Sorry ye adikku Hawe! 

Bincang ngan kakak n adik.... apa menu nk buat. Pikir punya pikir, kita buat BBQ lah.
Kakak aku awal2 lagi dah request kuih limas/tepung pelita terbaik dari mak.
Adik aku si Hajar, nak buat cheese cake ape tah.... mentang2 la duk obersi dah setaun... dessert dia tak main la kuih tepung pelita..ye dok? paling2 selekeh, cheese cake.. tu belum lagi buat chicken roulade ala2 masterchefff..camtueh over! kannnn..
Tati? Adik bongsu aku tu..... hurmmmm... dia just sediakan mulut jewwww... 
Aku? Deme suruh aku perap ayam utk BBQ memandangkan aku hebat jugak la dalam marinate2 ni.. heee.. sila MUNTAH.. marinate together with sausages, prawns, squids, and clamps.. ohhh... Hajar siap ckp, jangan lupa beli scallops.... giler maheyyyyy.... tak yah ngengada. ini sangat OVER! 
pahtu kat opis aritu ada buat baguette.. ala french bread yang keras tu... aku buat ala2 mcm sandwich... 
Masa dah siap bake tu, abah cakap "Haii... sopi udah rope River cottage summer.... hahahaha..
Tudiaaaa abah... =..=


berangan la kan kejap

So sabtu tu keletong..keletang la dok perap ayam sume. Marinate plak tak lama sebab tak sempat... manenya aku jumaat tu pkul 2 pagi baru sampai train kat sungai siput.. sampai je umah terus kedebommm tido... wuwu

dah la kan, cakap banyak pun tak bape nk guna.. hehe...layankan saja gambo.. bior terlior pose2 ni.. hee.. 

ni dia tukang bakar.... camtuehhh


lepak atas pangkin. adik aku over siap pkai shades.. bajet ni Ireland la? 




ni la baguette tu... macam summer river cottage ke? haha.. 

ayam ..nyum

kuih limas mak... tembikai abang ipar beli. 

nape mulut cmtu? satu2 nya gambo aku yang ada. manenya aku jurukamera.
tangkap gmbo orang je gmbo sndiri tkde.. 

afterbake, letak mayo. yang kuning tu adalah cheddar cheese..actually,
kene guna mozarella..sbb cheddar tak melt after bake..
tu nmpk mcm keras..
tapi sangat lembut actually dan superbb


oke, ni kucin gedikkk... namanya Emmey. orang berBBQ, dia layan dia punya friskies..
sambil golek2 kat tanah. Camtueh
itu le ja entry kali ni. Aku tak balik kampung buat masa terdekat ni. tapi raya nanti kene balik awal, sbb plan nk buat kuih raya... hihi..

daaa..
salam

Tuesday, May 28, 2013

Yay!! Hadiah dari Ireland

Hai assalamualaikum bloggers~!

Gumbira beberapa hari ni, sebab nya adik aku yang di Ireland tu dah balik Malaysia. Beliau bercuti semester a.k.a summer break, diam tak diam dah setahun pengajian dia di sana.. 4 years to go! 

Flight dari Ireland kalo tak silap Sabtu pagi (25hb May 2013), transit pulak di Amsterdam, so dia sampai KLIA pada 6.20 pagi ahad keesokan harinya. Dengan luggage 3 buah, fuhh penat tu nak bawak. Alhamdulillah, kakak aku meng'offer' dirinya untuk ambil adikk aku di KLIA.

So, aku ape lagi kan. Dah la cuti wesak jumaat sebelum tu, dan aku pun apply cuti Isnin semalam. Haha, kann..nak sambut orang jauh, haruslah cuti lama2...

So, sampai je adik aku kat kampung lebih kurang pukul 2 petang ahad tu. Dia agak jet lag.. tapi masih lagi bersemangat keluarkan luggage dan bukak.. Kami semua terNGANGA... tau? 

Manenya tak nganga.. dia kuarkan chocolate macam stok berapa tahun.. giler.. jerit2 kami tengok.. haha. teruja kejap... kannn... 

Oh ya, dia jugak sempat singgah beli kek Secret Recipe, Chocolate Indulgence you'olss.. Belated birthday aku, abah dan mak.. katanya.. kan.

dann... tak lupa..aku dapat la mcm2 cenderahati.. kakak aku awal2 lagi chop fridge magnet.. aku plak paw dia perfume.. t-shirt (nak bagi someone), dan dapat plak sehelai baju dari London. weeee

eh..layan gambo je la eh?


Sebahagian daripada coklat.. kebanyakannya daripada Belgium. Nampak kasut Sketchers kaler merah tu? haa..itu hadiah utk adik aku yang no 4 ngan 5.. :)

Kek belated birthday ... chocolate indulgence.. yummmmmm

Birthday fellow.. haha... mak, aku ngan abah..  rase macam potong kek kahwin kan.. haha

yg ni hadiah untuk aku. Perfume Elizabeth Arden (sunflower)... strong odour.. berjam2 tahan. Then yang pink tu set daripada Body Shop. Toceyyyyy


Mesti korang pikir, giler banyak duit adik aku kan? Padahal masih belajar kot. Haha, dia tu makcik jimat cermat tau. Barang2 kat atas ni semuanya murah2 kat sana.. Macam Body Shop tu, kat sana 7 euro je.. kali 4.. so dalam RM28 sahaja. Kat M'sia  kalo tak silap haritu tengok dalam RM 60 lebih... 

Yang coklat2 tu pulak, memang murah kalo kat sana. Milk chocolate with hazelnut hanya 0.75 euro sahaja... dalam RM3 je camtu. Tapi,  sebolehnya jangan la convert harga tu ke harga M'sia. ye? 

Ok, penah dah update entry ni. Hee.. Minggu ni aku balik lagi, planning nak jalan-jalan ke Pulau Pinang. InsyaAllah.. :)

Friday, February 15, 2013

Sunnah Nabi Muhammad S.A.w - Adab Makan



Assalamulaikum pembaca semua.. Ya Allah lamanya blog ni keseorangan kan.. Nanti bila2 free aku update... oh ya, jom kita tengok video kat atas... Sunnah Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W iaitu adab ketika makan.... selamat beramal.... mari sama2 berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. :)

Saturday, January 5, 2013

melaka lagi!!

Assalamualaikum...
Ape khabar semua? Ecece... katanya nak berehat seketika kan, tapi penulis kembali menulis. Janji di capati lah ni .. :P

okei, ni adalah susulan entry yang lepas http://buku3limasaya.blogspot.com/2012/12/ke-melaka-lagi.html  .. penulis ada janji nk update kan..

so far, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Allah permudahkan dan selamatkan perjalanan kami sekeluarga.. Actually bertolak pada 31/12/12, lebih kurang jam 1.45 ptg macam tu. Penulis dah pun berada di kampung sebenarnya. Mintak cuti dari bos. UNPAID okeii.... huhuh.. akak dan abang ipar pulak half day hari tu..itu yang tolak lambat sikit.. so sampai je kat tapah, lepak2 kejap kat umah akak, layan astro HD... dlm pkul 3 lebih barulah kami bertolak ke melaka.. Simpan kete saga itam kat umah akak, kami naik kereta Naza Ria kepunyaan ayah saudara abang ipar..

Oh ya, kata nak update ttg homestay yang kami sewa tu kan.. ok, kalo nak bagi star, aku bagi 8/10 la.. ok la, boleh la nak tinggal takat satu malam tu... selesa memang selesa, owner yang baik, siap ambil kami kat Shell lagi sebab tak tau jalan kan.. tapi! aku bleh plak terlupa nak snap satu dua picture ..waduhh.. agaknya dah letih sangat..kami sampai kat jasin tu dlm pkul 10.30 mlm.. yang bestnya, dia ada 3 bilik, satu bilik ada katil kelamin skali ngan aircond.. 2 bilik lagi tu, menempatkan kira-kira 30 tilam bujang... ape lagi, kenduri tilam lah adik2 aku tu.. haha.. memang best.. sebab rumah tu boleh masuk sampai 20 orang dlm satu2 masa.. so tilam pun dia mmg sediakan lebih dari cukup.. lebih dari 30 kalo tak silap aku... ada tv...ada kipas.. so bilik yang ada aircond tu abang ipar aku dah book siap2... haha..

tapi last2 kami terlena kat depan tv... selamat..

then, 1/1/13 tu terus pegi mrsm jasin ... dekat je dgn tmpat menginap tu..
sebelum tu singgah makan kat area hospital jasin... ada la tgkp gambar sikit..















then lepas breakfast, terus ke mrsm... takde ramai yang datang.. masuk je bilik adik aku tu, makk aihhh teruk benor biliknya... habuk toksah citer la kan..aku tolong sapu... then mop.... kenapa eh tempat2 orang2 pandai ni selalu kotor... macam tkde orang cuci... camne la depa ni blajo.. .macam tempat adik aku yang sorang lagi dulu... kat Kolej Mara Banting... pun teruk juga.. kotor... tak terjaga.. emm.. ke sebab Mara? kakaka :)

Lepas je kemas2... ada lah ternampak sekor bapak kucing ni..dok ngiau2..sambil2 lepak2 atas locker adik aku.. aku usap kepala dia.. (penulis sangat suka kucing) .. usap2 ...tak lama lepas tu terpegang benda basah... aduhaaiiiii!!! bulunya penuh najis!! ceh... ni mesti kes sembelit ni... kaka.. memang benor t_ik kucing..sesuaiii.. terpaksa basuh, huuuu

then, biasalah lepas je pertemuan pasti ada perpisahan..tapi kali ni mak abah aku lebih cool..tkde dah episod airmata.. kalo setaun yang lepas, memang ada lah babak2 yang cedih2.. tp kali ni lebih cool,, happy... ketawa...

So kami bertolak ke perak lebih kurang jam 3 petang camtu... then hantar aku balik ke serdang, sebab esoknya nak kerjaaaaaa...!!

dalam pkul 8 malam mak abah, adik beradik sume sampai perak. Alhamdulillah... rasa cepat sangat masa berlalu.. wuwuwu.. ok, takat tu je entry nya ye... tata... Assalamualaikum!