Sunday, November 10, 2013

I'olls pegi kota singa aritu

Assalamualaikummm… pe habo? Ada sihat ka ini hari? Hee..
Minggu lepas aku ke Singapore untuk hadiri satu kursus (course), mengenai Ramen.. 1 day trip sahaja.. tau ke apa tu ramen? Haa.. ramen ni orang2 kita jarang guna perkataan ni.. tapi kalo korang pegi korea ke, jepun ke, perkataan ramen ni tersangatlah femes kat sana… ianya refer kepada Noodles atau dalam bahasa orang melayunya, Mi / Mee…. Faham? Hee

Actually, ini kali kedua aku menjejak kaki ke kota singa ni… last aku pegi 2 tahun lepas… pun atas sebab bisnes.. bukan atas sebab personal.. masa tu aku pegi untuk join FHA ( Food Hotel Asia) selama 4 hari… sempat la jalan2 kat Singapore.. beli sourvenier sesikit..

Tapi kali ini, aku pegi juga atas dasar bisnes… 1 day trip sahaja… flight pergi pkul 6.05 pagi.. return nya plak pkul 9.45 malam… untuk catch flight pagi tu, aku terpaksa la bangun jam 2.30 pagi… untuk naik teksi jam 3.30 pagi… giler semangat tak iolls? Haha.. siap termimpi2 lagi iolss tau.. termimpi iolls tertinggal flight,.. camtueh intense kannn…

Actually course ni (nama terpaksa di rahsiakan), belajar cara2 nak buat ramen yang femes kat jepun.. kemudian lepas lunch, belajar buat sup base la.. kiranya sup untuk mi yang kita dah buat tu… haaa.. kat sini la pengalaman pahit dan kelakar bermulaa…. Jeng..jeng..jeng…

Korang paham2 je la eh.. kalo kat negara jepun, mostly diorang punya soup base is from pork… diorang reneh pork tu (selalunya ambil bahagian tulang).. untuk di jadikan sup… ala lebih kurang macam kita buat sup tulang tu… tapi yang ni dia amik dari bab1 la .. (bab1 is ba alif ba ya… ye kawan2)…

Nak di jadikan cerita, diorg bawak kami pegi kitchen dia… kroang bayangkan kitchen mcm masterchef tu.. Cuma dia kecik sikit… masuk2 je dalam kitchen, aku dan kawan terhidu lah mende alah tu… hayayayaiii…. Termuntah2 iolls (tipu)… haha.. iolls mcm loya la.. yang kawan aku tu plak, siap tutup mulut dengan notes yang diorang bagi… dia punya aksi mmg tau la dia loya tahap cipan punya… aku actually dah agak dah bau mcm ni mmg akan keluar punya.. bagi korang yang tak penah bau, haha… mungkin akan termuntah di situ… aku dah penah bau sebelum ni.. sbb msa aku pi Singapore last 2 years (FHA tu), aku dah mmg terbau benda alah tu dalam food court yang aku pegi.. memula mmg loya tapi lelama dia mcm dah immune.. wuwu..

Tapi kan, dia punya bau mmg teman tak tahan.. tambah2 bila dia reneh tulang rusuk bab1 tu.. hadoyaiii.. bau hanyir dia mcm nak gila punya kuat…. Pengsaaaannnn… tengok kawan aku punya reaction.. haha, mcm nak pengsan dia… lawakkk..

So diorang pun happy2 la buat sup tu semua.. aku ngan kawan yang islam ni duk jauh2 la… tengok je diorg masak.. so diorg offer makan mi ngan sup tu untuk cover lunch… aku mmg dah siap2 prepare bekal… roti dan buah.. jadilah untuk alas perut.. huhu.. aaaaa… baru aku tau hikmah di sebalik pengharaman bab1… sebelum ni mmg aku ada belajar mcm2 faktor kenapa umat islam tak boleh makan bab1… dah sekarang aku dapat tau satu lagi factor lain… subhanallah… !


 Haha, nak masuk gambo kat bawah ni jugak... ni gambo kat toilet Changi Airport.. entah rasa macam 'peghak" plak tengok mende alah ni... dia touchscreen... so kalo korang puas hati ngan toilet dia, janganlah segan silu untuk rate markah makcik ni... gambo makcik ni akan berubah la, ikut waktu bertugas dia.. kalo waktu lain, gambo makcik lain la plak.. haha.. aku rasa canggih jugak la..plus secara tak langsung, dapat la tau makcik mana yang keje tak bape nak bersih... heee~

aku biase la, rate GOOD.. sbb toilet dia mmg bersih.. haha.. walopun toilet dia takde pili air! beristinjak guna tisu je ye uolls... aaaaa.. tetiba rindu kat malaysia (cehhh..macam la pegi jauh sangatttt... singapore je pun)..haha ..  


No comments:

Post a Comment

cakap2 kamuu