Tuesday, May 28, 2013

Yay!! Hadiah dari Ireland

Hai assalamualaikum bloggers~!

Gumbira beberapa hari ni, sebab nya adik aku yang di Ireland tu dah balik Malaysia. Beliau bercuti semester a.k.a summer break, diam tak diam dah setahun pengajian dia di sana.. 4 years to go! 

Flight dari Ireland kalo tak silap Sabtu pagi (25hb May 2013), transit pulak di Amsterdam, so dia sampai KLIA pada 6.20 pagi ahad keesokan harinya. Dengan luggage 3 buah, fuhh penat tu nak bawak. Alhamdulillah, kakak aku meng'offer' dirinya untuk ambil adikk aku di KLIA.

So, aku ape lagi kan. Dah la cuti wesak jumaat sebelum tu, dan aku pun apply cuti Isnin semalam. Haha, kann..nak sambut orang jauh, haruslah cuti lama2...

So, sampai je adik aku kat kampung lebih kurang pukul 2 petang ahad tu. Dia agak jet lag.. tapi masih lagi bersemangat keluarkan luggage dan bukak.. Kami semua terNGANGA... tau? 

Manenya tak nganga.. dia kuarkan chocolate macam stok berapa tahun.. giler.. jerit2 kami tengok.. haha. teruja kejap... kannn... 

Oh ya, dia jugak sempat singgah beli kek Secret Recipe, Chocolate Indulgence you'olss.. Belated birthday aku, abah dan mak.. katanya.. kan.

dann... tak lupa..aku dapat la mcm2 cenderahati.. kakak aku awal2 lagi chop fridge magnet.. aku plak paw dia perfume.. t-shirt (nak bagi someone), dan dapat plak sehelai baju dari London. weeee

eh..layan gambo je la eh?


Sebahagian daripada coklat.. kebanyakannya daripada Belgium. Nampak kasut Sketchers kaler merah tu? haa..itu hadiah utk adik aku yang no 4 ngan 5.. :)

Kek belated birthday ... chocolate indulgence.. yummmmmm

Birthday fellow.. haha... mak, aku ngan abah..  rase macam potong kek kahwin kan.. haha

yg ni hadiah untuk aku. Perfume Elizabeth Arden (sunflower)... strong odour.. berjam2 tahan. Then yang pink tu set daripada Body Shop. Toceyyyyy


Mesti korang pikir, giler banyak duit adik aku kan? Padahal masih belajar kot. Haha, dia tu makcik jimat cermat tau. Barang2 kat atas ni semuanya murah2 kat sana.. Macam Body Shop tu, kat sana 7 euro je.. kali 4.. so dalam RM28 sahaja. Kat M'sia  kalo tak silap haritu tengok dalam RM 60 lebih... 

Yang coklat2 tu pulak, memang murah kalo kat sana. Milk chocolate with hazelnut hanya 0.75 euro sahaja... dalam RM3 je camtu. Tapi,  sebolehnya jangan la convert harga tu ke harga M'sia. ye? 

Ok, penah dah update entry ni. Hee.. Minggu ni aku balik lagi, planning nak jalan-jalan ke Pulau Pinang. InsyaAllah.. :)