Wednesday, February 12, 2014

Part 1: Tunang Review

Assalamualaikum.. Fuhh.. Lama sungguh tak update..
Iolls ada janji kan nk update citer kahwin.. hiihi..

Tapi before terus pegi ke wedding, mungkin kene update dulu part bertunang ..kan?

Maaf, sebab tak dpt nak msuk byk gambar.. ok, aku bertunang hujung taun 2012.. Kahwin ujung tahun 2013.. Masa ni kami decide tak inform sesiapa unless org2 yang terdekat/jiran/saudara.. so mulanya aku planning nak buat majlis yang simple.. memula ingat nak ajak saudara mara je, macam ala2 makan tengahari sambil bertunang.. perghh. hihi

Tapi, dah namanya duduk di kampung.. bila buat majlis, tak jemput orang kampung jiran tetangga, itu unacceptable.. nanti ada la makcik2 duk bertanya "ai buat kenduri idak nak jemput" camtueh.. huhu..

So, mak aku pun ajak la orang kampung. Mungkin diorang excited kot nak tengok si Sopi (aku la tu) nak tunang.. dedulu dok keje hantar gas kat umah orang, mancing ikan.. jual laksa rojak.. skg dah nak tunang.. haha (aku agak2 je)..sekali diorang datang hahh nak kau.. segerombolan geng2 makcik kampung.. wow.. majlis kecil-kecilan jadi besar-besaran.. fuhh..

Ok, itu citer pasal tetamu (bila nak msuk citer pasal tunang ni sopi? )

Cincin:
Ok, untuk tunang..tunang aku (which is suami aku skg), belikan 2 cincin.. which is itu adat perak lah kan.. 2 bentuk cincin, tak sampai seribu.. sebab aku tak amik yang ada batu.. ntah mak aku tak bagi.. mak ckp, nanti kalo batunya tercabut, kan macam tak manis.. so better pilih cincin yang berkerawang je, without the batu2..

Baju tunang
Baju tunang, aku decide nak beli yang siap je.. taknak sewa2. rugi.. so aku survey kat ipoh je.. mmg dah pilih tema purple.. so cari punya cari, akhirnya jumpa baju yang simple, ada beadings sikit2 kat depan..tak nak over2 sebab nanti nak pakai waktu lain.. taknaklah tersimpan je dlm almari.. so baju ni RM 160 kalo tak silap

Tudung
Tudung pun aku beli tudung bawal plain, kaler purple slow..jenuh gak la cari.. tkde yang berkenan.. last2 aku jumpa kat Kuala Kangsar.. haha.. RM10 je.. dan aku ni kan suka buat beading2.. so aku taburkan manik2 mcm diamond kat seluruh tudung..kasi nmpk menarik sikit.. dah siap!

Veil
Haa..part veil ni susah sikit..actually aku sangatlah nak DIY sendiri veil.. sekali salah beli kain..which keras dan tak flowy.. aku beli kat Nagoya.. ingatkan dah ckup lembut, rupanya hah, jegang kate di orang perak.. keras.. end up, aku fed up dah.. nasib baik aku tak beli beads lagi.. selamat duit.. huhu.. so aku decide nak sewa je ..hurmm..hampa !

Make up
Ok, kat kg aku tu ada sorang kakak yang pandai mekap org.. aku dah tgk2 album hasil keje tgn dia kat fb. ada improvement,, so aku terus PM dia.. mintak harga.. utk mekap dia offer Rm 120.. aku pun rasa ok kot. .hehe.. so decide nk guna khidmat dia.. awal2 lagi aku pesan, nak mekap simple, taknak over2, jangan cukur kening dan taknak bulu mata palsu..wuwu.. nsib dia layan je aku..hihi... dan aku teringat nak tnya kat dia ada tak veil utk di sewa.. dia kata ada..esok dia bawak dtg umah utk aku pilih sbb kaler ungu ada 2 kaler.. (umah akak ni 3 minit je dari umah aku..hiihi)

Sewa veil : RM 30

Hantaran
Hantaran, kami decide just bagi makanan je.. utk barang2 mcm handbag ke, kitorg nk bagi masa kahwin nanti.. so aku sediakan 7 dulang rasanya.. ada kek, buah, coklat, kurma+pistachio nut, kain ela untuk suami time nikah, tart bakul..satu lagi lupa.. ke mmg ada 6 dulang ha? haha

Tapi bila rombongan lelaki sampai, laa diorg bawak lagi banyak rupanya.. dan ada telekung, handbag dan tuala.. tunang aku cakap, tu sume kakak dia yg buat..amik je ler.. hehe..

Btw, hantaran tu aku gubah sendiri.. semua DIY hokey.. giler gigih.. haha.. lagi berbaloi rasanya..cuma perlu lebih banyak masa je..

Katering
Ok, mengada kan nk beria katering.. aku msak ramai2.. jemput mak mertua kakak.. dia hebat la masak2 ni.. ...kitorang buat makan utk 200 pax..

Cameraman
Oh. aku tak hire cameraman pun.. jangan membazir..simpan msa time kawin nanti..


antara hantaran.. purple my side.. kuning his side


Tepi bakal mak mertua


Both Family

Total kos utk tunang, dalam RM1000.. plus minus.. itu pun aku tak buat mini pelamin (membazir), tak hire jurukamera (tak perlu, tab/kamera biasa kan ada).. So far, setakat ni dlu ye review tunang.. nanti aku sambung..daa!! 

Monday, February 3, 2014

Resign

sebagai tanda pengorbanan si isteri kepada suaminya yang tercinta, maka aku pun sudah siap mengarang surat di bawah..


insyaAllah bermula bulan 3, aku akan berhijrah ke Johor. doakan moga aku dapat kerjaya di Johor ya!

Thursday, January 9, 2014

Bertukar status~



credit to our awesome photographer AN Photoclick


Alhamdulillah, secara rasminya pada 21.12.13 aku telah bertukar status. Dengan sekali lafaz, aku menjadi isteri kepada Hazizul.

Kami menikah pada pagi 21.12.13, lepas nikah terus majlis resepsi. Memang penat, tapi nak buat macam mana, kahwin dengan orang jauh. Terpaksa cut masa, memandangkan keluarga dari sebelah Johor menginap di homestay sehari je.

Kehidupan lepas kahwin, hee.. jauh beza. Memandangkan kami jauh, terpaksa PJJ untuk sementara waktu, sebab aku decide nak resign kerja dalam bulan 3, dan stay di johor ikut suami. So buat masa skg ni, masih lagi jauh2 la.. so ala single lagi la.. Cuma bezanya adalah orang yang caring pasal kita..

Lagipun masa fasa berkawan dan tunang2 dulu, kami sangat jarang contact. Mak aku pun kekadang confius dengan relationship kitorang berdua..susah nak explain, tapi masing2 kenalah ingat yang masing2 actualy dah TAKEN. Jarang contact takpa, asalkan tau status masing2 ..haha..

Lepas kahwin ni, macam bebas la nak rindu2 ke..sebab rindu ngan suami sendiri.. dapat pahala lagi. Paling lawak bila lepas nikah, aku asyik tersasul sebut nama dia , Zul. Nak panggil abang tu macam giler segannnnnn…  even lepas sehari kahwin, aku asyik panggil dia ngan nama Zul. Susah giler nak sesuaikan diri.. bila dah masuk seminggu, baru boleh sesuaikan diri, dan mak aku pun asyik tegur sebab dok panggil laki sendiri dengan nama. Haha..  tapi serius, lepas dah ‘berjaya’ panggil abang, perasaan tu tak dapat nak di gambarkan… rasa macam best, sweet, dan baru terasa yang ‘oh macam rupanya bila panggil abang pada suami kita” …hahaha..

Dan satu lagi, lepas nikah, photographer suruh aku salam suami, aku macam segan giler.. tak penah sentuh dia kot… first time pegang tangan dia, rasa macam ‘oh macam ni eh rasa pegang tangan dia” hahahaha.. giler tak aku? Kiki..

 bila dah kahwin, proses kenal2 tu bermula.. doakan kebahagiaan kami berdua hingga akhir hayat, dan moga dapat melahirkan zuriat soleh dan solehah. Aminn.. 

p/s : nantikan update mengenai persiapan majlis ya! (kalo rajin..haha )