Monday, September 17, 2012

Selamat tinggal Hajar, nanti ketemu lagi

Assalamualaikum..

Aku baru je balik ke Serdang, setelah beberapa hari asyik rushing je. Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana akhirnya adik aku yang no.3 selamat terbang ke Dublin, Ireland pada 16/9/12 yang lepas jam 5.30 pm.. Ada 3 transit, KL--S'pore--London---Dublin.. InsyaAllah malam ni jam 8.45 mlm waktu Malaysia dia akan sampai ke Dublin (1.45 petang waktu Dublin).. 

Hari2 yang berlalu dengan begitu pantas. Rasanya baru je lagi dia dok nangis sebab masih tak dapat pre-departure daripada Mara sedangkan waktu tu dah 12/9/12... dia nak fly 16/9/12... hurmmm... dah ramai yang berdepan dengan last minute call ni... then akhirnya 13/9/12 tu baru dapat panggilan daripada Mara untuk pre-departure (taklimat mengenai tarikh, transit, tiket kapal terbang dan elaun semester,buku dan pakaian).. tapi takpe la, dalam masa tak sampai 3 hari, aku, kakak, abg ipar n dia bertungkus lumus menyelesaikan semua perkara yang perlu sebelum fly. Memang banyak kerja, di tambah lagi dengan last minute call ni. menyampah betul, tapi nk buat macam mana, kena terima dan usaha sedaya mungkin! 

Aku terpaksa ambil EL pada jumaat lepas (14/9/12) sebab perlu tolong kakak n adik aku untuk membuat persiapan. Mulanya takut tak lepas (sebab bos tengah maternity leave), so aku gamble terus text dia tanpa inform terlebih dahulu pada supervisor. Alhamdulillah, waktu tu hari khamis, jam 6 petang (aku tak balik keje lagi sebab kerja banyak sangat), dapat mesej dari bos, dia kata OK. Alhamdulillah, terima kasih bos!

FYI, adik aku dah lama datang serdang, tido kat rumah ..aku rasa since hari selasa (4/9/12) sebab dia perlu ke putrajaya (rujuk link ni)... so dia kata sambil2 tunggu pre-departure daripada pihak Mara, dia nak stay je kat rumah aku. Memandangkan aku kerja, so time tengahari amik dia kat rumah sewa bawak pegi ofis. Online kat sana sementara tunggu aku habis kerja. Nasih baik la condition ofis aku yang ibarat Suka hati aku je kan.. hehehe.. ni yang best kerja sini, buat research dan tak terlalu terikat dengan peraturan.. :)

Aku kira 2 minggu dia duk sini, macam2 perkara yang kami buat... kiranya lepas dia fly ni, aku takde la rasa rindu sangat kat dia.. sebab banyak masa di luangkan bersama. Kene marah2, kne torture tido atas lantai dengan gangguan lipas durjana, jalan2 kat the mines, mid valley, pegi gym kat opis aku, berkenalan dengan akak cleaner kelakar, dan paling kelakar berjalan sampai Ampang Walk (tempat justin bibir dating ngan selena gomez tu) haha.. dan mencuba minum Chat Time, eksrim Baskin Robins dan Tutti Frutti.. kehkeh..

So, smlm dah selamat hantar dia kat KLIA... masing2 sebak... 5 tahun kot berpisah (tapi dia nk blik tiap2 taun)... katanya aku kene kahwin taun depan waktu dia cuti 3 bulan tu)... hoho... itu kene tanya pada orang yang nak meminang saye la kan... heh

Kami gerak dari Sungai Siput pada hari Sabtu (15/9/12) jam 5 petang... Sebab flight dia hari Ahad (16/9/12) jam 5.30 ptg.. Tapi kene ada kat KLIA jam 2.30 ptg.. kene bertolak sehari awal sebab nak ambil adik aku yang no.4 kat MRSM Jasin, Melaka. Dia nak sangat join kami hantar kat KLIA.. kesian plak kalo tak ambil dia... so sampai Melaka jam 12 tgh malam... terus cari hotel bajet yang berhampiran, tido dan melepaskan letih... dan jam 10 pagi esoknya kami bertolak ke KLIA... 

Masa tu byk la scene2 menarik suka duka yang sempat aku snap. Sedih memang sedih, tapi kita fikir dia ke sana sebab nak capai impian dia untuk bergelar seorang Doktor... iringi dia dengan doa untuk keselamatan, kesihatan dan kejayaan di bumi Ireland. Itu harapan kami, insyaAllah... 

Aku kenal dia bukan kejap, 20 tahun.... dan aku yakin dia mampu... biarlah apa orang nak kata,... cakap2 orang kita takbleh layan... orang bercakap seakan2 men'down' kan dia, jangan di ambil kisah.. Sebab aku kenal dia, dan aku yakin dia boleh buat.. alhamdulillah, dah tercapai impian dia ... dan dia buktikan yang anak penoreh getah mampu....!


kasih sayang mak dan abah... huhu T_T



Abg ipar, abah, Hajar, mak, kakak, adik no.4, adik no.5


itu la sikit sebanyak gambar yang sempat aku tangkap.. ada banyak lagi, tapi rasanya cukuplah 3 keping ni dulu... doa aku agar dia selamat, sihat, jaga diri dan iman, berjaya dan gapai impian dia.. doctor to be... insyaAllah... 


No comments:

Post a Comment

cakap2 kamuu