Saturday, September 8, 2012

Banjir+EL+UIMC+PEJABAT MARA

Salam.. aduhai stress nya dengan kerja.. Entah la, dah mula masuk tahun ke 2 kerja, keseronokan bekerja tu dah semakin hilang.. Aduhaii..

Oh lupa nak update kisah raya kan.. Raya taun ni sederhana sahaja.. Tapi agak terganggu masa di hujung2 Ramadhan, sebabnya aku perlu menyiapakan visa untuk ke Canada. Hati rasa berbelah bahagi. Dan hati kuat mengatakan, aku taknak ke Canada.

Di sebabkan embassy Canada telah pun berpindah ke Singapore, jadi proses untuk mendapatkan visa on time tidak mungkin terjadi. Aku hanya ada lebih kurang 12 hari sebelum berangkat ke Canada. Dan proses untuk mendapatkan visa sekurang2nya 2 minggu. Requirements untk membuat visa pun banyak. Pening kepala. Memang mengganggu mood aku yang ketika tu dah pun berada di rumah. End up, aku terpaksa melupakan hasrat ku kerana travel agency inform aku yang visa aku tak dapat di proses on time. So, Bye2 Canada.. :(

Tapi entah, aku rasa lega sangat2 ..

Sekarang ni tengah pening nak tolong preparation untuk adik aku yang akan berangkat ke Ireland, insyaAllah pada 16/9/12 nanti. Adik aku kene pergi ke Putrajaya (Wisma Putra) untuk buat Certificate of Good Conduct kerana Ireland tidak memerlukan visa.. So adik aku berangkat dari Stesen Ipoh ke KL sentral pada 4/9/12, seterusnya naik komuter untuk ke Serdang. Dia sampai dalam pukul 5.30 petang. Di sebabkan aku kerja, so pukul 6 baru boleh ambil dia di KTM. Tapi waktu tu hujan sangat2 lebat. Aku tunggu reda, tapi nampaknya macam takde harapan nak reda. Jam 6.30 petang, aku redah hujan dengan motor. Sejuk mencucuk ke tulang. Rupanya, ada banjir yang sangat teruk di KTM serdang. Aku terperangkap di tepi jalan, dan adik aku terperangkap di KTM serdang. Pakaian aku dah basah, jaket yang ada pun basah teruk. Adik aku terpaksa merempuh banjir yang masa tu dah sampai tahap atas lutut. aku menyaksikan keadaan banjir yang teruk yang melanda serdang. Sangat teruk. Aku kira waktu tu hampir 50 buah motorsikal berhenti untuk menunggu banjir surut. Waktu tu dah pukul 8.30 malam. Masa tu kan, taktau la apa yang aku rasa. Abah call, tanya aku dah jumpa adik ke belum. Abah sangat risaukan keadaan kami waktu tu. Mak pun call tanya keadaan kami. Gambar ni snap guna hp cap ayam. Hee.. Hp ni aku sayang giler sebab walaupun dah basah kene hujan, dia masih lagi hidup. 9.30 malam, aku redah banjir yang mula surut ambil flyover menghala ke ara balakong. yang ni main hentam ja, dengan harapan aku bleh jumpa susur keluar ke Sri Kembangan. Hanya ini sahaja jalan yang ada. Sebab jalan menghala ke Seri Kembangan dan KL di tutup kerana banjir teruk. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. Aku jumpa hala ke Seri Kembangan. perut berbunyi sayu. Aduh, laparnnya, basah2 macam ni lagi lapar. Huhu. Balik rumah, tukar baju, mandi, kami singgah makan di kedai.







Pada 5/9/12, aku terpaksa ambil EL sebab nak temankan adik aku settlekan documents yang di perlukan. Sebenarnya aku tak bape sihat, selesema sebab semalam mandi hujan kaw2 punya.. Jam 9 pagi, dengan bantuan google maps dan sedikit information daripada kakak, kami naik motor menghala ke putrajaya untuk mencari Wisma Putra atau Ministry of Foreign Affairs.
Alhamdulillah, tak sesat dan kami berjaya jumpa Wisma Putra. Alhamdulillah.

Kemudian, kami pergi ke KTM serdang untuk naik LRT menghala ke Ampang. Adik aku kene pergi ke IUMC (Irish Universities and Medical Schools Consortium) untuk menghantar documents yang di perlukan. Masa ni lagi pening. Kami turun komuter di TBS (Bandar Tasik Selatan) dan ambil komuter menghala ke stesen Damai. tiba di Damai, kami naik teksi menghala ke Ampang Walk. Harga teksi RM 5.40..
Ni gambar di IUMC
Adik aku dpat Trinity College Dublin, TCD

d

Balik dari AmpWalk, ambil teksi untuk ke Stesen Ampang. Perjalanan agak jauh, harga teksi RM9.00. Kami ambil LRT untuk turun ke Masjid Jamek. Sebab adik aku nak pergi ke Pejabat Mara untuk ambil surat tawaran. Pejabat Mara ni dekat dengan Sogo. So kalau nak cepat, naik LRT turun di Bandaraya. Bila turun di Masjid Jamek, sambil2 jalan mata melihat deretan kedai yang menjual pelbagai pakaian dan tudung. Sempat juga beli 2 helai tudung sebab kakak order. hehe.. aku? takde beli pape pun. :)
Penat berjalan, nak membeli belah pun tkde mood.

Sampai di pejabat mara, warna Biru bangunannya. Mak aihh.. ramainya student. dan kebanyakkannya adik aku kenal. diorang ni semua nak fly pada 6hb. so mara kene settle kan diorang ni dulu. aku pun tunggu la. Then dan siap. Kami berjalan keluar, mencari stesen  LRT. Letih sangat rasanya. Mula nk beli tudung dengan blaus, tapi letih sangat dah. Kami naik LRT di stesen Bandaraya, turun di TBS. dan bertolak ke rumah. Sampai rumah dalam pukul 6 petang. wahh.. letihhhhhh :S

itu ja update kali ni. Panjang lebar kan. hee. Taktau la sape nak baca. Tapi mcam diari plak. Hee. ok lah ye, nanti kalo rajin update lagi, ni nak gi masak nasi goreng. salam..


No comments:

Post a Comment

cakap2 kamuu